Header Ads

3 Faktor Yang Menyebabkan Overdue


Menunggu kehadiran cahayamata. Tak sabar sebenarnya nak tengok anak lahir kan?
Tapi...alamak, overdue pula..



Terdapat 3 faktor yang menyebabkan kandungan melebihi tempoh jangkaan (overdue).


Pertama – sejarah keluarga

Sesetengah wanita mempunyai genetik untuk melalui kehamilan panjang, jika ibu, nenek ataupun ahli keluarga terdekat yang lain pernah mengalami overdue lebih daripada dua minggu tanpa ada apa-apa masalah, maklumkan kepada doktor agar dia dapat melambatkan tempoh anda diberi ubat cetusan.



Kedua – saiz kepala

Jika bayi anda mempunyai kepala yang besar berbanding saiz pelvik, ia mungkin tersekat. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan tubuh anda tidak menghasilkan hormone oksitosin yang dapat memulakan proses kelahiran.



Ketiga – tiada kontraksi

Ada kalanya kehamilan boleh melebihi tarikh jangkaan apabila rahim anda tidak mengecut seperti yang sepatutnya berlaku.

Image result for OVERDUE



Nota ummi 


Berdasarkan 3 faktor penyebab ini, ummi rasa ummi overdue berdasarkan faktor yang ketiga iaitu tiada kontraksi. Jika dikira faktor keturunan, emak ummi ada cakap dia masa mengandung tidak pernah melebihi tarikh jangkaan sebab ada yang lahir awal dan ada yang lewat hanya sehari dua tapi bila ummi mengandungkan mujahid luqman, ummi overdue hampir seminggu! 40 minggu 5 hari.


Faktor saiz kepala bayi besar pun bukan penyebab sebab kepala mujahid luqman normal jer. Doktor tak ada pulak cakap kepala mujahid luqman besar sewaktu pemeriksaan rutin di klinik.


 Hari ke-6 kalau ummi masih tak sakit untuk bersalin, ummi kena pergi ‘serah diri’ di hospital untuk dipaksa kelahiran bayi ummi. Hari ke-5 overdue jatuh hari jumaat, ummi sempat ajak suami ummi pergi pasar pagi Kuala Besut . Jalan-jalan cuci mata dan dalam masa yang sama nak cepatkan kelahiran sebab banyak berjalan memudahkan kelahiran sampai suami ummi tegur ummi jalan macam orang tak mengandung! Serius ummi langsung tak rasa sakit atau berat perut sedangkan mujahid luqman lahir dengan berat 3.2kg.


Ummi turun tanda darah campur lendir pada pukul 11 pagi dan pergi serah diri kat Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu selepas solat jumaat. Sepanjang mengandungkan luqman, ummi amalkan ostematrix shaklee. Jom saper yang nak cuba boleh whatup ummi Nurul.


Hubungi Ummi Nurul jika mahu cuba Ostematrix . Penting sangat-sangat untuk ibu mengandung.


Semoga bermanfaat ya !


1 comment: