Header Ads

6 CARA MENGATASI ANAK CEREWET MAKAN








Setiap anak dilahirkan mempunyai sikap serta perangai yang berbeza. Namun diantara mereka mempunyai persamaan iaitu cerewet makan atau terlalu memilih makanan. Setiap anak akan cenderung untuk memilih makanan yang mereka sukai sahaja. Hal ini menyebabkan mereka tidak mengambil makanan yang seimbang yang boleh mengakibatkan masalah tumbesaran.



Berikut adalah 6 cara mengatasi anak cerewet makan

  1. Tetapkan jadual makan

  •  Tiga waktu hidangan utama diselang seli dengan tiga waktu hidangan snek.
  •  Pemilihan snek terdiri daripada buah-buahan segar, biskut dan roti.
  •  Elakkan memilih minuman ringan, manis, berjus dan bersusu semasa snek kerana hidangan itu boleh menyebabkan anak kurang selera makan sewaktu hidangan utama..



  1. Jadikan waktu makan satu pengalaman yang seronok.

  •   Nikmati waktu makan dengan seluruh ahli keluarga.
  • Tutup televisyen dan berikan tumpuan kepada hidangan yang terhidang di atas meja makan.
  •  Kanak-kanak akan lebih bersemangat bila semua ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama.

  1. Kreatif dalam penyediaan makanan.

  •  Hidangkan sayur-sayuran bersama sos pencicah mayonis atau buah-buahan dimakan bersama celupan sos coklat. 
  •  Potong makanan kepada bentuk yang kelihatan menarik.
  •  Pelbagaikan warna makanan dalam satu pinggan seperti lobak yang berwarna oren, brokoli yang berwarna hijau dan tomato yang berwarna merah.

  1. Perkenalkan makanan baru satu persatu.

  •   Selalunya anak akan mencuba dahulu secubit sebelum dia berani untuk makan makanan yang baru.
  •   Jika anak tidak mahu pada pertama kali, cuba lagi beberapa kali sehingga dia mahu merasa.
  •   Galakkan dengan bercerita mengenai warna, bau dan rasa makanan itu. Bukan sekadar mengatakan makanan itu sedap.
  • Hidangkan makanan baru itu bersama-sama dengan makanan yang dia sudah biasa.

  1. Jangan rasuah.

  •  Jangan janji dengan makanan ringan seperti ais krim jika anak anda mampu menghabiskan sebiji epal kerana ini boleh mengelirukan pertimbangan mereka. 
  •  Tetapkan satu hari yang dibenarkan makan ais krim dalam seminggu.

  1. Libatkan mereka.

  •   Minta pandangan anak ketika membeli belah di pasar raya seperti menyuruh mereka memilih buah dan sayur untuk dimasukkan ke dalam bakul.
  •   Jangan beli makanan yang tidak sihat yang kita tidak ingin mereka makan.
  • Galakkan anak membantu seperti membasuh sayur atau menyiapkan meja makan.

No comments